Saturday, March 21, 2009

Sup cendawan



Apa-apa saja masakan kat sini buat permulaan ni semua yang anak-anak suka. Sup cendawan ni mereka boleh makan berulang-ulang. Ini ialah resepi dari NORMASRI tapi diolah ikut kesesuaian kuantiti.

Cream of Mushroom Soup [NoorMAsri]
Bahan-Bahan:
1 ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk (600g) cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
1 biji ubi kentang, didadu
1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk
6 cawan air rebusan ayam atau 2 kiub stok ayam + 6 cawan air
Garam, secukup rasa
1/2 cawan krim
1 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.
Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
Masukkan cendawan dan tutup periuk.
Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
Masukkan semula sup ke dalam periuk.
Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.
Tambahan:Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus.
Memang selalu buat lebih sebab kalau ikut resepi asal normasri, tak cukup.

No comments:

Post a Comment