Saturday, April 4, 2009

Kek Coklat Kukus

Kek coklat ini adalah kek coklat yang paling mudah dan paling sedap bagi tekak kebanyakan kawan-kawan dan anak-anakku. sejak aku dapat resepi ni dari FNR forum, kek coklat zaima ni lah yang paling kerap aku buat.

Bahan-bahannya
A)
1 cawan serbuk koko ( aku guna serbuk koko dari kedai jual bahan buat kuih)
1 cawan gula kaster
1 cawan minyak ( aku guna minyak masak canola)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Semua bahan ni dilarutkan atas api sekejab. Biarkan sejuk.
B)
3 biji telur- pukul hingga gebu

C)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bikabonat soda- resepi asal 1sd tapi aku kurangkan sebab selalu merekah. Bila kurangkan, nampak macam OK.
Campur semua sekali dan diayak.

Cara-caranya

Setelah bahan A yang dipanaskan tadi sejuk atau boleh juga kalau tak sabar, masa suam-suam tu, masukkan telur (B) yang dah dipukul gebu tadi. Jangan pula letak masa panas, nanti masak pula telur tu.
Kacau hingga sebati telur dengan campuran tersebut
Kemudian masukkan bahan C.
Kacau lagi hingga sebati. akak gunakan spatula saja. Tapi pastikan semuanya sebati.
Masukkan dalam acuan.(gunakan acuan yang lebih besar untuk memberi ruang yang lebih luas untuk kek ni mengembang.
Masukkan dalam pengukus yang dah dipanaskan terlebih dahulu.
Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Angkat dan sejukkan sebelum diletak toping.

p/s : Dah cuba kukus dalam pengukus berlubang tu tapi lambat yang amat nak masak. Jadi sejak dari melakukan kesilapan tu, kukus saja dalam kuali yang ada penutup dan memang 1 jam dah cukup untuk masak.

Toping.
250gram cooking coklat
2sb butter
100ml susu cair atau cream

Cairkan kesemuanya sekali dan biar sedikit sejuk baru letak atas keke sebab kalau panas dia akan jadi cair sangat. Susah nak control terutama bagi orang yang amatur macam akak ni.
Lepas tu suka hati la nak letak apa pun atas dia. Atas tu akak letak coklat cip. Tabur saja sebab dah itu saja yang ada, lagipun tak pandai pula nak berdeko-deko ni. Tak apa, janji sedap.
Memang sedap. Marbeles. Terimakasih lah zaiima kerana resepi ni, i have a very very sedap coklat kek.

Sunday, March 22, 2009

Kerabu mangga


Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil, dihiris
3 biji cili api- dihiris halus
1 biji mangga mengkal saiz sederhana-dipotong atau disagat kasar
1 biji tomato, dihiris kecil
2 ekor sotong, dipotong ikut suka,dicelur dahulu
sekuntum bunga kantan dihiris halus
sos ikan dan gula secukup rasa
kacang tanah panggang untuk tabur
Cara-cara
Semua bahan dicampur dan masukkan sos ikan dan gula secukup rasa. Kalau suka, boleh juga perah limau nipis.

Saturday, March 21, 2009

Sup cendawan



Apa-apa saja masakan kat sini buat permulaan ni semua yang anak-anak suka. Sup cendawan ni mereka boleh makan berulang-ulang. Ini ialah resepi dari NORMASRI tapi diolah ikut kesesuaian kuantiti.

Cream of Mushroom Soup [NoorMAsri]
Bahan-Bahan:
1 ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk (600g) cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
1 biji ubi kentang, didadu
1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk
6 cawan air rebusan ayam atau 2 kiub stok ayam + 6 cawan air
Garam, secukup rasa
1/2 cawan krim
1 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.
Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
Masukkan cendawan dan tutup periuk.
Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
Masukkan semula sup ke dalam periuk.
Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.
Tambahan:Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus.
Memang selalu buat lebih sebab kalau ikut resepi asal normasri, tak cukup.

Nasi goreng telur


Ini ialah nasi goreng kegemaran anak-anak. Simple dan kena dengan tekak mereka sebab langsung tak pedas
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
2 biji telur
garam secukup rasa
minyak
Cara-cara
Panaskan minyak. 2 biji telur tadi dipecahkan kedalam mangkuk terlebih dahulu, takut nanti telur tu busuk ke apa ke. Kemudian masukkan kedalam minyak. Kacau sehingga telur tu hancur. Maukkan nasi dan kacau hingga sebati. Masukkan garam secukup rasa dan bila semua sudah sebati angkat dan hidangkan.

Wednesday, March 18, 2009

ayam masak kicap

Selalu masak ayam masak kicap simple saja. Masuk bawang, kicap, sos tiram dan serbuk lada juga halia, dah cukup. Tapi satu hari tu makan kakak ipar punya masak kicap, walla, sedapnya dan wangi. Jadi ini resepinya. Sesiapa yang belum pernah rasa dan nak cuba , boleh lah tapi kalau yang rasa masak kicap yang dibuat selama ni dah sedap, tak yah lah ya...

1/2 ekor ayam (potong ikut suka), lumur garam dan kunyit dan goreng sehingga masak
3 ulas bawang putih
seinci halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
kicap dan sos tiram secukupnya.
sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar> potong sesuka hati untuk hiasan
1 biji cili hidup> untuk hiasan
sesudu teh asam jawa ADABI

Cara-cara

Bawang putih, halia, jintan manis dan lada hitam ditumbuk halus. tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Apabila telah bersalut cantik ayam dan kicap tu, masukkan asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air. Biar sehingga pekat. Kemudian masukkan bawang besar dan cili hidup yang telah dipotong tadi. Biarkan sekejab kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Brownies




Brownies ni dari resepi brownies kak liza. Semua suka. Makan dengan ais krim. Taruk atas dengan sos coklat dan strawberry. Nyum nyum...

Sunday, March 15, 2009

Salam mesra

Aku suka masak tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Jadi aku cuba buat satu blog masak untuk memberi semangat.