Saturday, April 4, 2009

Kek Coklat Kukus

Kek coklat ini adalah kek coklat yang paling mudah dan paling sedap bagi tekak kebanyakan kawan-kawan dan anak-anakku. sejak aku dapat resepi ni dari FNR forum, kek coklat zaima ni lah yang paling kerap aku buat.

Bahan-bahannya
A)
1 cawan serbuk koko ( aku guna serbuk koko dari kedai jual bahan buat kuih)
1 cawan gula kaster
1 cawan minyak ( aku guna minyak masak canola)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Semua bahan ni dilarutkan atas api sekejab. Biarkan sejuk.
B)
3 biji telur- pukul hingga gebu

C)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bikabonat soda- resepi asal 1sd tapi aku kurangkan sebab selalu merekah. Bila kurangkan, nampak macam OK.
Campur semua sekali dan diayak.

Cara-caranya

Setelah bahan A yang dipanaskan tadi sejuk atau boleh juga kalau tak sabar, masa suam-suam tu, masukkan telur (B) yang dah dipukul gebu tadi. Jangan pula letak masa panas, nanti masak pula telur tu.
Kacau hingga sebati telur dengan campuran tersebut
Kemudian masukkan bahan C.
Kacau lagi hingga sebati. akak gunakan spatula saja. Tapi pastikan semuanya sebati.
Masukkan dalam acuan.(gunakan acuan yang lebih besar untuk memberi ruang yang lebih luas untuk kek ni mengembang.
Masukkan dalam pengukus yang dah dipanaskan terlebih dahulu.
Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Angkat dan sejukkan sebelum diletak toping.

p/s : Dah cuba kukus dalam pengukus berlubang tu tapi lambat yang amat nak masak. Jadi sejak dari melakukan kesilapan tu, kukus saja dalam kuali yang ada penutup dan memang 1 jam dah cukup untuk masak.

Toping.
250gram cooking coklat
2sb butter
100ml susu cair atau cream

Cairkan kesemuanya sekali dan biar sedikit sejuk baru letak atas keke sebab kalau panas dia akan jadi cair sangat. Susah nak control terutama bagi orang yang amatur macam akak ni.
Lepas tu suka hati la nak letak apa pun atas dia. Atas tu akak letak coklat cip. Tabur saja sebab dah itu saja yang ada, lagipun tak pandai pula nak berdeko-deko ni. Tak apa, janji sedap.
Memang sedap. Marbeles. Terimakasih lah zaiima kerana resepi ni, i have a very very sedap coklat kek.